Madrasah Tahfiz Al-Ikhsan Cawangan (MTEC) telah mula operasi pada 12 Ogos 2014 dibangunan yang dimiliki Majlis Agama Islam Johor, Daerah Muar di Parit Sakai Darat, Muar, Johor untuk sementara waktu sebelum berpindah ke bangunan madrasah sendiri.
Pada masa kini program yang telah dijalankan adalah Kelas Tahfiz Al-Quran sepenuh masa untuk pelajar lelaki berumur diantara 10 hingga 17 tahun. Aktiviti yang dijalankan MTEC termasuk kelas Fardhu Ain, Taekwando & Bahasa Arab. Program-program akan datang yang telah dirancang adalah Kelas Tahfiz hujung minggu, Quran Bersanad, kuliah-kuliah, Kelas Fardu Ain, Kelas Tauhid, Kem Ibadah & lain-lain.
Visi menjadi MTEC sebagai Pusat Tahfiz yang cemerlang dalam menyediakan pendidikan agama & penghayatan Al-Quran yang berterusan untuk membena generasi Al-Quran yang berkualiti.
Matlamat MTEC melahirkan suatu generasi bertaqwa & huffaz yang intelek & profesional, serta mempunyai kemampuan diri dalam memimpin masyarakat, patuh pada perintah Allah S.W.T., mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. seterusnya mendapat kesejahteraan hidup didunia & akhirat.
